Friday, February 11, 2011

CINTA HAKIKI


Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati.
Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan 
dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya
fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya
oleh nafsu dan kepentingan diri.
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi
pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah
cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan
peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan
makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang
memerlukan cinta.
 
Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin
menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa
manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan
erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan
tetapi merosakkan. Hukum cinta perlu dipatuhi agar
maksud penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapa pun,
asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang
sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai Allah. Cinta
itu haruslah dibina atas dasar cinta epada Allah.
Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak
kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak
kecintaan kita kepada yang lain. Kedua, jangan
sekali-kali melanggar batasan syariat Allah seperti
'dating', perbualan telefon maraton dan surat cinta.
 
Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas
dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh
faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang
baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta
ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah.
Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa
dalamnya cinta ini. Kebiasaannya, cinta suci seperti
ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk
bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika
diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami
yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi
di akhirat.
 
Jikalau cinta seseorang itu benar2 hanya kerana Allah,
dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin
bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada
Allah. Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah
semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan
perkara-perkara yang merugikan dan melelaikan, itu
ertinya Cinta nafsu. Cinta yang bersalut nafsu akan
mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina
hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana
akan khusyu' solatnya? Orang yang sebegini sifatnya
jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas
dasar cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah
menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua
unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana
sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.
 
Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang
telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih
mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah
itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang luar
biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk
menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu
dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah
memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih
berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah
dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang
bersabar.
 

CINTA, KEKAYAAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN & WAKTU


Alkisah CINTA, KEKAYAAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN & WAKTU

CINTA kerisauan kerana tidak tahu berenang. CINTA berdiri ditepi pantai utk mendpt pertolongan. CINTA ternampak KEKAYAAN sedg mengayuh perahu..CINTA melaung KEKAYAAN utk menumpang. “Maaf, perahuku telah penuh dgn harta bendaku”..kata KEKAYAAN
CINTA merasa sedih…kemudian..

CINTA terlihat KEGEMBIRAAN yg sedang berperahu laju. CINTA melaung kpd KEGEMBIRAAN ..namun KEGEMBIRAAN tidak mendengar kerana terlalu gembira dgn perahunya..CINTA kesedihan lagi..
 
Dalam mencari pertolongan, berlalu KESEDIHAN dgn perahunya.CINTA meminta utk membawanya bersama, “Maaf CINTA, aku sedang bersedih dan ingin bersendirian”..kata KESEDIHAN dan terus berlalu..

CINTA sedih dan putus asa..air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Lalu CINTA berdoa kpd Tuhan, agar dirinya dipermudahkan masalahnya… Tiba2 CINTA terdengar namanya dipanggil.”Mari cepat naik ke perahuku”..kata seorang tua yg berjanggut pjg sedg mengayuh perahunya yg laju. CINTA pun terus naik dan diselamatkan ke sebuah pulau lain. Org tuapun menurunkan CINTA ..
 
Terlupa disaat itu utk bertanya siapa kah org tua berjanggut yg baik hati kerana sudi menyelamatkannya..Lalu CINTA bertanya kpd seorg penduduk tua di pulau itu..Mereka menjawab itulah WAKTU..
CINTA hairan kenapa WAKTU sanggup menyelamatkannya sedangkan teman2nya yg lain enggan menolongnya..
“SEBAB”..”hanya WAKTU lah yg tahu betapa bernilainya harga sebuah CINTA itu…

CINTA sesuatu yg unik utk ditafsir,,Hanya diri sendiri yg tahu..CINTA bukan hanya sekadar melafazkan “Aku Cinta Pd Mu”..CINTA tak semestinya bersatu..Menyintai tak bererti memiliki..CINTA perlukan pengorbanan..CINTA perlukan persefahaman..CINTA perlukan kekuatan..kerana CINTA itu penuh dugaan....” "

Saturday, January 29, 2011

Cinta...

Cinta adalah satu yg universal....cinta kepada Maha pencipta,cinta kepada negara,cinta kepada keluarga,cinta kepada individu......sesungguhnya cinta agung adalah cinta kepada tuhan yg maha esa....Tetapi ramai gak lah yg hanyut dek kerana terlalu gah dengan cinta mereka....cinta kepada individu......cinta yg selalunya membawa manusia tersasar dari landasan kehidupan jika di salah tafsirkan dan tidak di nilai dengan betul....

cinta adalah satu naluri yg suci murni....satu jalinan perasaan yg sangat tulus,ikhlas yang tak dapat ni nilai dengan apa pun....cinta jugak tidak boleh di jual beli....tak boleh di tukar ganti.....cinta boleh di pupuk....di mulai dengan suka,kasih,sayang dan seterusnya rasa cinta itu akan muncul dengan sendirinya.....cinta juga perlu di belai....di rasa....di nikmati perasaan itu....

cinta kepada tuhan yg maha pencipta.....perlu ada rasa sayang....kasih....dan pengabdian kepada-Nya.....cinta agung yg kekal selama-lamanya....cinta yg tak mungkin akan mati jika di sirami dengan nur kasih yg abadi...cinta yg penuh dengan rasa rendah diri kepada-Nya tuhan yg maha esa....tuhan yg mencipta seluruh alam ini....sesungguhnya cinta ini amat sukar di miliki jika kita seorang yg inkar...seorang yg tidak pernah mengenal siapa tuhan mereka...seorang yg tidak pernah ingin tahu siapa kah yg maha pencipta.....seorang yg tidak pernah akur pada perintah-Nya....oleh itu belajarlah untuk menyintai Allah yg maha esa..kerana jika kita mencintai cinta agung...nescaya itu kita dengan sendirinya memiliki cinta-cinta yg lainnya...........insyaallah......